Nota kaki : Kuliah Ibrah dari Kisah Dakwah Rasulullah SAW

20 May

Assalamualaikum WBT

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).  ( Surah Al-Ahzab 33 : 21 )

Antara ibrah ( pengajaran ) yang boleh kita peroleh dari 13 tahun misi dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat di Mekah : -


1. Dakwah Rasulullah SAW secara sirr ( rahsia ) selama 3 tahun merupakan satu cara untuk menguatkan jemaah baru yang akan mulakan misi dakwah di Mekah. Disebabkan mereka akan berhadapan dengan satu kaum yang sangat taksub dan fanatik jahiliyyah, kekuatan dalaman ( iman ) perlu dibina untuk memastikan diri tidak tecicir di jalan dakwah, dan dengan persiapan yang baik jika usaha Rasulullah terputus di tengah jalan, mata rantai dakwah akan terus disambung oleh para sahabat.

2. Dakwah secara sirr juga adalah untuk memastikan masyarakat pada masa tersebut tidak terkejut dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW kerana seperti yang kita tahu, pada masa tersebut kaum Quraisy merupakan masyarakat yang masih taksub dengan adat-adat jahiliyyah.

3. Peristiwa di Bukit Safa telah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sememangnya bersungguh-sungguh dalam menyampaikan kebenaran, dalam membezakan Islam dan jahiliyyah, dalam membezakan yang mana haq dan batil. Sesungguhnya Baginda memberi peringatan untuk memperlihatkan situasi sebenarnya pada masa itu, yang mana Islam merupakan sebaik-baik agama dan perlu diikuti oleh semua umat manusia. Sama situasinya seperti kita sekarang yang mana, kita perlu menjelaskan perbezaan antara Islam dan jahiliyyah agar orang ramai tidak terkeliru dengan Islam dan lebih parah jika menganggap Islam sama seperti agama lain.

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. ( Surah Ali-Imran 3 : 19 )

Sesungguhnya, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan kita. Kebenaran merupakan satu kebenaran. Anggap kita sebagai seorang ‘ delivery man ‘ dan kotak yang ingin kita hantar kepada penerima sebagai mesej dari Allah ( Islam ). Kita sebagai seorang yang diamanahkan untuk menghantar kotak tersebut tidak boleh sama sekali merosakkan, menambah, mengurang atau apa sahaja perbuatan yang merubah kotak itu kerana itu bukan hak kita. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja. Jadi samalah dengan Islam itu sendiri, yang mana kita hanyalah penyampai kebenaran. Apa yang benar, perlu dibenarkan dan apa yang salah, perlu ditegaskan salah.

4. Peribadi Rasulullah SAW yang sangat mulia ( digelar Al-Amin ) telah sedikit sebanyak memudahkan tugas Baginda dalam menyampaikan Islam, kerana mereka tiada sebab untuk tidak mempercayai kata-kata Baginda yang mana sebelum ini Baginda tidak pernah memberi kata-kata dusta dsb. Hikmah merupakan salah satu cara dalam berdakwah mengikut manhaj Al-Quran, dan telah dipraktikkan sendiri oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  Perlu difahami bahawa bersikap berterus-terang dengan hakikat aqidah dan menegakkan segala tuntutannya adalah penting kerana berterus-terang dapat menyedarkan hati yang lalai dan leka. Sikap berlembut dalam menyampaikan kebenaran akan menggalakkan lagi golongan taghut* dan menutup kesedaran berfikir di kalangan umat manusia. Tetapi, dalam kita melafazkan kebenaran, bukanlah bermaksud membuat sesuatu dengan kekerasan tanpa pedoman. Islam juga telah menganjurkan supaya tidak melampau dalam melakukan sesuatu perkara. Jadi di sinilah terletaknya HIKMAH.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. ( Surah An-Nahl 16 : 125 )

Kita ambil semula contoh di atas tadi, kita sebagai seorang ‘ delivery man ‘ yang diamanahkan untuk menghantar mesej Allah kepada penerima. Adakah berhikmah ‘ delivery man ‘ tersebut jika sesampainya dia di depan pintu rumah penerima, dia menyepak pintu rumah itu tung tang tung tang dan apabila penerima membuka pintu, dia mencampak kotak tersebut ke muka penerima tanpa senyum atau berkata apa-apa ? Sepatutnya dalam menjalankan amanah dengan berhikmah, ‘ delivery man ‘ tersebut seharusnya memberi salam, mengetuk pintu dengan lemah lembut, berkata dengan perkataan baik dan tidak lupa untuk senyum sepanjang berhubung dengan penerima. Inilah konsep yang ingin disampaikan. Dalam dua situasi di atas, secara kasarnya kita dapat lihat kedua-duanya menuju ke matlamat yang sama, tetapi yang mana akan memberi gambaran yang baik ? Anda tahu jawapannya. Inilah konsep berhikmah dalam menyampaikan kebenaran. Tunjukkan kepada semua, bahawa anda sayangkan Islam, Islam adalah segala-galanya bagi anda dan anda mahu orang lain pun merasainya juga.

5. Kita imbas semula peristiwa yang berlaku di Bukit Safa di antara Rasulullah SAW dan bapa saudaranya, Abu Lahab. Seperti yang kita tahu, Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Lahab yang bermaksud :

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

 Abu Lahab merupakan seorang peniaga atau businessman. Dan panggilan Rasulullah SAW ke Bukit Safa untuk menyampaikan risalah Islam pada waktu itu telah membangkitkan kemarahan Abu Lahab. Sebagai seorang businessman, padanya time is money. Ketamakkan Abu Lahab dalam mengejar harta dunia telah dilaknat Allah seperti mana yang tertulis di dalam surah di atas. Kita muhasabah diri kita sebentar, sejauh mana masa yang kita telah gunakan untuk mengejar nikmat dunia dan mengabaikan usaha mencari nikmat akhirat. Kita berani menyatakan bahawa kita masih mempunyai masa panjang untuk beribadah tetapi mempunyai masa yang singkat untuk menikmati dunia. Padahal ajal maut di tangan Allah, belum pasti kita akan dapat mengecap nikmat esok hari !

” hmmm, takpe..dah tua nanti aku solat la… “

” eh, kalau tak sekarang bila lagi nak buka2 camni.. nanti dah tua… “

” eh, bila lagi nak cari duit banyak2.. nanti dah tua..tak sempat..penat… “

Begitulah situasinya, dan banyak lagi dalam realiti kita….

akan bersambung…

 Wallahu’alam

heart

Ukhwah berterusan, Tarbiyyah berpanjangan
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun 2008

banner

Rujukan : Tafsir Al-Quran, Fiqh Harakah 1 – Haji Abdul Hadi Awang, Raheeq Makhtum – Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy, Sirah Nabi Muhammad SAW Pengajaran dan Pedoman – Dr. Mustafa as-Syibaie, kuliah audio Imam Anwar al-Awlaki – Lessons from the Companions (RA) Living as a Minority

Advertisement

2 Responses to “Nota kaki : Kuliah Ibrah dari Kisah Dakwah Rasulullah SAW”

Trackbacks/Pingbacks

  1. 3 steps « Impossible is Nothing - July 5, 2008

    [...] lihat di sini dan di sini. ( banyak nota dan rujukannya, seronok nak berkongsi dengan sahabat semua [...]

  2. Kuliah Net Akhawat « Kuliah.net IPIJ - January 17, 2012

    [...] 1 : IBRAH DARI KISAH DAKWAH RASULULLAH SAW Nota 1 & Nota 2 [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers