Assalamualaikum wbt
Sahabat-sahabat semua sihat?
InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan team Kuliah.net akan menganjurkan satu lagi kuliah net dalam bulan November nanti.

Seperti yang tertulis di atas, insyaAllah kupasan yang akan dibuat dalam kuliah nanti berkisar tentang aqidah, ibadah dan akhlaq kita sebagai seorang Muslim. Kita mengetahui bahawa dengan keyakinan dan keimanan dapat membentuk sebuah perspektif dalam menilai sesuatu. Bagaimana hendak proses melalui ibadah dan dipamerkan melalui akhlaq?
Mari kita berdiskusi bersama-sama.
Mungkin sebagai persediaan untuk diskusi kuliah.net kita kali ini, sahabat-sahabat boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar kuliah penuh Ustaz Hasrizal ( saifulislam.com ) berkenaan kupasan beliau tentang tajuk-tajuk ini yang diambil dari buku Maza Yakni Intima’i Lil Islam (Apa erti saya menganut Islam), hasil karangan Syeikh Fathi Yakan.
Kuliah lengkap boleh ditonton di laman ini : BUKAN KERNA NAMA
Hari : Isnin, 10 November 2008
Masa : 8.30 malam ( Jepun ), 7.30 malam ( Malaysia )
Medium : Yahoo Messenger dan Paltalk
Moderator : Inda ( id Yahoo Messenger : chazychaze, id Paltalk : indahayati )
Beri id anda kepada moderator untuk diinvite masuk ke dalam conference kuliah.
Kemungkinan besar bagi pengguna vista akan berlaku masalah audio pada Yahoo Messenger, jadi anda digalakkan untuk menggunakan medium Paltalk. ( option yang terbaik ialah Paltalk, jadi sila standby akaun Paltalk )
Tiada PALTALK ?? Download di sini
Semoga kita semua dapat meluangkan sedikit masa, bersama-sama berukhwah sambil menuntut ilmu. Semoga kehadiran kita semua ke kuliah.net nanti bermanfaat dan dirahmatiNya.
Jumpa di kuliah.net nanti ya!
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
(al-Bukhari)
Team Kuliah.net 2008
Tags: Akhawat, akhlaq, aqidah, bukan kerna nama, fathi yakan, Ibadah, ikatan persaudaraan islam jepun, ipij, islam, kuliah net, maza yakni, muslim






Assalammualaikum,
Pada pandangan dan hemat saya, baik kiranya diadakan program pertemuan untuk program-program revision Summer Camp yang lepas. Walaupun kita melaksanakan program online, InsyaAllah manfaat ukhuwah online perlu dilakukan secara pertemuan juga.
Semoga memberi kebaikkan kepada kalian semua
Waalaikumsalam wbt samuraisyahid,
Program pertemuan sedang diusahakan pada hujung bulan November ini, insyaAllah. Doakan ye~