Kuliah Net HEWII #1

17 Jan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
InsyaAllah,Sis Coh dengan berbesar hatinya ingin menjemput semua ke Kuliah Net HEWII yang pertama bagi tahun 2012 . \(^^)b
Kali ini akan membawakan tajuk : ‘TABARRUJ & IKHTILAT’
Apa itu tabarruj?Dan apa itu ikhtilat?Bunyi macam serius jerr…
Jangan takut dan jangan risau.Bahasa senangnya ialah ‘Bagaimana mahu berhias dan bergaul mengikut cara yang ALLAH SUKA’.
Mahu tahu lebih lanjut??? (^-~)
Jom kosongkan masa untuk kita sama-sama tambah ilmu kita dan beramal dengan kefahaman.Apa yang istimewa dengan kuliah kali ini ialah…..jeng,jeng,jeng…\(^^)/
”InsyaAllah akan dibawakan oleh seorang Ustaz yang didatangkan khas secara online dari Mesir “
Disini Sis Coh berikan sedikit biodata tentang Ustaz :

Nama: Mohd Nazrul bin Abd Nasir
Latar belakang:
Masih menuntut di tahun 4, kuliah Usuluddin pengkhususan tafsir di Universiti Al-Azhar,Kaherah.
Bekas presiden Badan Kebajikan Anak Kedah, salah seorang pengkaji dalam badan pengkajian ilmiah persatuan pelajar di Mesir(PMRAM).Merupakan anak murid kanan kepada ramai ulama di Mesir seperti Dr. Yusri Ar-Rusydi (seorang ulama hadis dan pakar bedah).Beliau juga seperguruan dengan Ustaz Syed Kader Al-Jofree(speaker Winter Gathering 2011) ketika Ustaz Syed Kader di Mesir. Apabila pulang ke Malaysia beliau juga giat mengajar di sekitar Kuala Lumpur,Kedah seperti di Kolej Islam Darul Ulum(KIDU) dll.
Jumpa nanti minggu depan semua ya!!!!♥♥
p/s:Sekarang senang je nak mencari ilmu,duduk selesa di depan komputer,di dalam bilik yang hangat walaupun di luar cuaca sangat sejuk.Jadi,jangan lepaskan peluang ya..^^
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 68 other followers