IPIJ

Sejarah Penubuhan IPIJ
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) merupakan satu perkumpulan yang dirancang bermula awal 1998 atas rasa kesedaran sekumpulan pelajar yang mengikuti usrah semenjak di Malaysia untuk meningkatkan pemahaman terhadap Islam dan seterusnya sedikit-sebanyak menyumbang kepada perkembangan Islam. Cetusan idea ini juga digarap oleh barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan dengan bimbingan daripada beberapa bekas pimpinan persatuan mahasiswa Malaysia di luar negara. IPIJ yang bermula daripada kosong, mengadakan perjumpaan pertamanya pada Mei 1999 di Nagoya bagi menyusun organisasi, merangka aktiviti-aktiviti dan pelan tindakan serta telah menetapkan nama IPIJ yang sekaligus menyusur kepada penubuhan IPIJ pada perjumpaan pertama. Rentetan daripada perjumpaan pertama, IPIJ telah merancang program umum pertama yang telah diadakan di Shiga, di mana pada 10 Ogos 1999, IPIJ telah dirasmikan
penubuhannya.

Objektif Penubuhan IPIJ
Penubuhan Ikatan Persaudaraan Islam Jepun ini berlandaskan kepada empat objektif utama iaitu:-

1) Mengamalkan dan menyebarkan ajaran Islam.
2) Mengeratkan ukhwah pelajar-pelajar Islam Malaysia yang berada di Jepun sebagai sebuah jemaah yang berlandaskan ajaran Islam.
3) Menganjurkan program-program Ilmiah secara lebih bersepadu dan efektif.
4) Melatih dan membentuk pelajar yang dinamik dan berpegang teguh berteraskan Al-Quran dan Hadis.

Visi IPIJ
Membentuk insan yang memiliki kesedaran dalam meningkatkan pemahaman Islam yang syumul sehingga berupaya membentuk akhlak mulia serta berjaya dlm kerjaya yang diceburi.

Misi IPIJ
Menyediakan wadah bagi peningkatan input agama dan akademik.
Menonjolkan peranan IPIJ dalam isu semasa melalui program yang dijalankan
Mewujudkan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli untuk merealisasikan visi
Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berilmu dan beramal
Menanam kesedaran tentang kewajipan berdakwah

UKHUWAH BERTERUSAN TARBIYYAH BERPANJANGAN

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 85 other followers