Ayaka : Eh,kat Malaysia ada pertandingan tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa… ko tau tak?
Lin Dan : huk aloh.yeke..aku busy sangat ler..tv Jepun ke,berita Jepun aku tak ambik tau, apa lagi yang kat Malaysia.
Azzam : ala, kalau tau pun, pe pasal lak Ayaka? Adik kau join ke? ceciter sikit. Ada kena mengena ke dengan kita? Biau le diorang..kita kat Jepun ni ha, nak exam lak tu, kenkyuu tak habis-habis.
Ayaka : Terpulanglah.Nnak dengar atau tidak. Jika tak pun, at least, mungkin korang dengar dari Youtube ke, baca setiap hari sehelai pun ok le. Maksud tersirat ‘kita’, kalau Malaysia, bila dah ada tilawah tu, haaa tu nak dekat tiba bulan puasa le tu. Ala,macam nak buat suasana kan. Takkan le tak perasan. Ko tau tak puasa agak-agaknya bila?
Lin Dan & Azzam : oooo ek (muka blur sambil jeling sama-sama dia, buat-buat tengok kalendar kat telefon bimbit).
Ayaka : aku nak kata dekat sini, kita ni bukan nak citer pasal pasal baik buruk program tu ke apa, tapi aku nak kata, Ramadhan nak dekat. Sekurang-kurangnya, ada sesetengah tempat dah mula berpusu-pusu rajin datang surau le, ada yang mula rajin sikit baca banyak sikit al-Quran. Jika persekitaran kita tu baik, mungkin pengaruh kebaikan tu mudah nak kita ikut.
Ke hati kita keras sangat sampai bila jumpa orang yang rajin pergi surau pun korang buat tak reti jek? Bila orang ajak baca al-quran sehelai je, korang lagi suka ngadap buku tak habis-habis, sampai habis 6bab satu malam? Apa kes?
Azzam : ala, biaq pi la. Tengok time le aku nak buat. Kang kerja tak siap,payah gak.
Lin Dan : eleh ko Azzam.tak habis-habis kerja kau. Betul le Ayaka kata tu.Ishh.
Azzam : emm ok.yela yela.
Ayaka : ala,bukan nak sound direct kat korang pun. Aku ni kadang-kadang malas jugak. Aku ni pun sebelum ni terfikir gak, tak sangka kejap je dah Ramadhan balik. Saje je nak ingatkan, buatlah suasana yang baik, suasana rajin beribadah. Sedar le, rugi le kalau tak ambil peluang bulan Ramadhan ni. Dah le sebelum-sebelum pun, kita punya amalan entah ke mana. Dah Allah bagi time bulan puasa ni rahmat, keampunan, dirantai Syaitan. Mana le tau ni peluang jadi lagi baik. Bukan tau bila umur kita ‘game over’. (aku sedih la gak kan,kawan baik aku,baru je meninggal dunia.muda lagi). Takdepun, ajak kawan-kawan,mungkin lagi ramai,lagi meriah. Mungkin lagi semangat. Kalau hari-hari suasana ko gitu je, sama je pun, ko duduk Malaysia ke, Jepun ke, Hawaii ke. Ni kan pulak kat Jepun, mana ada bazar Ramadhan, nampak ke malam-malam orang ramai-ramai pergi surau sembahyang tarawih.
Lin Dan & Azzam : Insyaallah.thanks r Ayaka.ok r,nak balik buat report.
Ayaka : report lagi…
Lin Dan & Azzam : gurau je..nak tengok pengumuman anak bulan Ramadhan kat Raacun. hehe.
Mr U : camna agaknya kita sekarang eh nak menghadapi Ramadhan, ke tak sabar-sabar?Tapi,sapa-sapa yang nak hadapi peperiksaan, kenkyuu, moga sama dimudahkan urusan.Tapi,jangan lupa amalan kita.
Sekian, ini sahaja dapat saya sampaikan. Moga perkara terselit ada manfaat.
Cerita rekaan semata-mata.
wallahu alam.








